Langkah-langkah untuk menjadi cucu yang disayangi dan diagungi oleh neneknya
- Bangun awal pagi, seawal jam 6.30 pagi. Jangan amalkan bangun lambat kerana anda mungkin akan dipandang serong oleh nenek anda. Tahu tidur sahaja seperti beruang kutub yang gemuk dan tahu makan sahaja.
- Tolong memasak di dapur, kalau tak masak pun, tolong tengok dan sembang-sembang. Tanya masak apa tu, buat-buat macam berminat walaupun sebenarnya anda tak berminat langsung.
- Sapu rumah hari-hari, sapu dengan hati yang ikhlas.
- Basuh kain, pastikan anda menggunakan seminimum air yang boleh.
- Menawarkan diri untuk membasuh semua pinggan mangkuk yang kotor.
- Sapu daun-daun kering yang jatuh di halaman rumah nenek anda.
- Kalau ada kenduri, jangan sekali-kali duduk di ruang tamu, anda harus berada di dapur sehingga kerja-kerja memasak habis.
- Lipat kain, jangan biar kain bertimbun di atas kusyen rumah nenek anda, jangan buat begitu sama sekali jika anda tidak mahu dibenci.
- Setiap kali ada orang tua yang datang di rumah nenek anda, hulurkan tangan anda untuk bersalam dengan mereka, dan lagi bagus jika anda bersembang-sembang dengan mereka. Dengan cara ini, anda akan menjadi popular di kalangan orang-orang tua, dan siapa tahu, anda akan menjadi calon menantu rebutan di kalangan mereka.
- Lap mana-mana permukaan meja atau apa sahaja yang anda nampak kotor, jangan biarkan perabot di rumah nenek anda diselubungi sawang labah-labah dan habuk yang degil.
- Jangan sekali-kali menggunakan bilik air terlalu lama, ini akan menyebabkan nenek anda pening kepala untuk membayar bil air untuk bulan tersebut.
- Jika anda teingin untuk makan atau masak sesuatu, anda perlu memberitahu nenek anda akan keinginan anda itu, supaya nenek anda boleh membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk masakan tersebut. Jangan sekali-kali pendamlan hasrat anda untuk sesuatu yang anda inginkan, nanti ditakuti nenek anda fikir anda mengadu kepada ibu bapa anda bahawa tidak ada makanan sedap yang ada di rumahnya.
- Anda harus sentiasa bersopan santun dan bercakap lemah lembut supaya anda tidak delabel sebagai anak kurang ajar.
Sekiranya anda mempraktikkan langkah-langkah di atas, saya jamin, anda akan menjadi cucu kesayangan nenek anda dan akan sentiasa menjadi topic perbualan nenek anda dan kawan-kawannya. Jika langkah-langkah yang saya bagi ini tidak memberi apa-apa kesan kepada nenek anda dan anda sendiri, anda masih lagi dibelenggu oleh hujah-hujah yang langsung tidak munasabah di belakang tabir, besar kemungkinan, anda memang kurang digemari oleh nenek anda. Tapi tidak mengapa, hidup perlu diteruskan. Mungkin nenek anda akan bertukar persepsinya terhadap anda jika anda memberinya sebuah rumah banglo ataupun kereta mewah. Mungkin juga. Semoga berjaya.