August 22, 2011


Sekarang aku tengah sibuk membuat senaman di rumah untuk mengecilkan paha dan betis. Masuk hari ni, dah 3 hari aku bersenam, senaman tu agak intense dan membuatkan aku sakit seluruh badan selepas 3 hari mengamalkannya. Aku harap melalui senaman ini, harapan aku selama ini untuk mempunyai paha yang berdiameter kecil dan langsing akan termakbul dan aku boleh mengenakan apa sahaja jenis seluar yang aku idamkan tanpa risau selulit dan lebihan lemak akan kelihatan. Hahaha.